Islamic Widget

About Me

My photo
Taiping, Perak, Malaysia
diri ini hanyalah insan biasa yang ditugaskan menjadi khalifah diatas muka bumi ini dan perjalanan ini masih panjang untuk mencari maksud perjuangan yg sebenar dan ku sedar kadang2 aku lemah mengharungi segala cobaan dan dugaan dari ALLAH S.W.T. dan dari situ jga aku mengenali erti kesabaran dan ketabahan yg mendorong aku untuk menjadi lebih matang... aku dilahirkan untuk menjadi seorang pendakwah suatu hari nanti... INSYAALLAH...

PENGIKUT SETIA....

MuLakAn PerNiaGaaN..

CaRi WaNg TaMbAHaN...??? JOM CUBA

KliK SemUa KalAu anDa seOraNg BloggEr SetiA

Wednesday, June 18, 2014

PROGRAM AKAN DATANG DI TAIPING

SEMINAR PEMERKASAAN AKIDAH UMMAT AKHIR ZAMAN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera
buat sahabat semua

Sejak kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan pelbagai tingkah laku dan gejala sosial yang amat membimbangkan dari kanak-kanak, remaja mahupun dewasa.

Persoalannya sekarang adakah cinta yang kita tahu sekarang ini hanya untuk melakukan sesuatu yang mendekatkan kepada maksiat.?
Dimana pula letaknya MARUAH dan MARTABAT diri yang kita agung-agungkan dan apa persediaan kita menghadapi cabaran sebagai UMMAT AKHIR ZAMAN.?
Dan bagaimana pula kita hendak memahami hubung kait ISLAM dan SAINS DUNIA MODEN.

InsyaAllah kami dari AKADEMI LATIHAN SYABAB mengambil satu inisiatif untuk menganjurkan satu seminar seperi maklumat dibawah

"SEMINAR PEMERKASAAN AKIDAH UMMAT AKHIR ZAMAN"
TEMPAT : DEWAN RUMPUN SERI, KOLEJ TM, TAIPING, PERAK
TARIKH : 9 OGOS 2014 (SABTU)
MASA : 8 pg -- 5 ptg

Penceramah Undangan

1) IMAM MUDA JABBAR
(JUARA IMAM MUDA KE 3)

2) USTAZ MOHD IKHWAN ZOLKAPLI
(PENSYARAH JABATAN SYARIAH, KUISAS)

Terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Tempat terhad kepada 300 orang terawal. Tarikh akhir pendaftaran pada 5 OGOS 2014
Hanya berbaki 250 sahaja tempat kosong.
AYUH BERTINDAK SEGERA SEBELUM TERLAMBAT
_________________________________________________________

MAHU MENYUMBANG...???
Kami mencari penajaan dan sumbangan dari mana-mana syarikat, ngo, koperasi, atau yayasan yang sudi bersama kami bagi menjalankan program SEMINAR PEMERKASAAN AKIDAH UMMAT AKHIR ZAMAN ini bagi melancarkan program yang dijalankan

Pihak kami juga menyediakan ruang khas untuk sewaan tapak booth jualan

Berminat untuk sewaan tapak jualan boleh berhubung dengan saudara MOHAMMAD NUR SYAHIR ditalian 0134479904

Thursday, February 20, 2014

Apakah ungkapan CINTA yang sebenar

Saat titip cinta mula berputik
Segala ungkapan indah bak purnama
Bagai kumbang dan bunga
Bagai bulan dan bintang
Masing2 memerlukan kepercayaan
Masing2 meluahkan perasaan

Andai cinta dianggap suci
Mengapa masih ada yang mengkhianati
Andai cinta dianggap suci
Mengapa sanggup melanggar hak hakiki
Andai cinta dianggap suci
Mengapa ada yang tak ambil peduli

Wahai anak muda
Mengapa cinta yang diberikan murah nilainya
Wahai anak muda
Mengapa maruah digadaikan kerana cinta
Wahai anak muda
Mengapa Mengapa dan Mengapa cinta tidak terjaga

Ayuh anak muda
Kita bangkit bersama
Kita AJAR CINTA KITA MENGENAL SANG PENCIPTA
Bermula disini cinta kita mampu terbela
Cinta kita mampu terpelihara
Kerana cinta kita amat mahal harganya
Ayuh bersama
AJAR CINTA DENGAN AGAMA

*WITH UKHWAH WE CARE*

Tuesday, June 4, 2013

Assalamualaikum sahabat yang dihormati...
Alhamdulillah.. Ebook yang telah diwar-warkan sebentar tadi di page ANNUR CONSULTANT (facebook) telah pun siap untuk dijual.
kepada sesiapa yang berhasrat untuk memperoleh sesuatu ILMU yang baru boleh dapatkan sekarang. "cara bagaimana menjadi PEMIMPIN yang sebenar".
dapatkan sekarang dengan harga promosi sebanyak rm 20. duit boleh dibank in kan di bank ISLAM atau bank CIMB
Bank Islam
08040028217627
Bank CIMB
08290007862526
nama penerima = mohammad nursyahir
untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian 0134479904

Thursday, November 1, 2012



Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar. (Umar bin Kattab)

Thursday, October 4, 2012

MANA YANG KITE CARI..???




Photobucket


PERKARA yang BAIK mmg tidak dinafikan akan dicemuh oleh MANUSIA YANG JAHIL TENTANG ISLAM tetapi insya-Allah akan MENDAPAT REDHA DARI ALLAH S.W.T.

PERKARA yang BURUK@JAHAT ramai manusia yg JAHIL akan suka dan sering lakukan tetapi PASTI AKAN MENDAPAT KEMURKAAN DARI ALLAH S.W.T.

PILIHAN ditangan SAHABAT SEKALIAN..
pilih REDHA ALLAH atau redha manusia yang jahil (bodoh)

DaKwAh iTu iNdAh...



Photobucket


Assalamualaikum sahabat2 sekalian...
saya disini menggunakan BLOG DAN FACEBOOK ini sebagai salah satu medium dakwah yang mudah... bagi sesiapa belum mengikut syariat ISLAM baiklah sahabat sekalian sedar akan MALUnya DIRI sahabat ANDAI tidak pandai MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH S.W.T.
perkara yang baik mmg tidak dinafikan akan dicemuh oleh MANUSIA YANG JAHIL TENTANG ISLAM..

SeKaDar ReNunGan BerSAmA...


Photobucket


Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat. Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul.

PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN (1938-2004)

Akukah Pejuang Islam Sebenar..???


Photobucket


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
BERKATA melalui FAKTA...

wahai sahabat perjuanganku yang disayangi..
adakah ISLAM benar2 ada dalam hati kite..??
persoalannya... jika benar2 ISLAM WUJUD dalam hati kecil kite, adakah kite ambil kisah tentang SIRAH PERJUANGAN RASULULLAH S.A.W.

*diri ini berasa JAHIL apabila terkenang masa lalu... sia-sia menjadi UMMAT MUHAMMAD andai SIRAH BAGINDA RASULULLAH S.A.W. tida

k diambil peduli...

YA RASULULLAH...
SALAM SEJAHTERA KEATASMU
PEMIMPIN SELURUH DUNIA ISLAM
SEJAHTERA ENGKAU DISANA
SEMOGA KAMI BERJUMPAMU YA RASULULLAH DI AKHIRAT KELAK
INSYA-ALLAH...

Tuesday, July 31, 2012

Haram Mengkhianati Sesama Islam

Photobucket


Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.”

Sunday, April 22, 2012

CINTA PILIHAN

Adakah ANDA sedang MENCARI CINTA....????

pertanyaan kadang-kadang sukar ditafsir oleh seseorang...
pelbagai gerak geri dan tipu muslihat cuba difikirkan dan diolah agar menjadi satu satu perkataan yang sukar dibaca oleh orang sekelililng...

BERCINTA biarlah BERPADA...
jangan disebabkan asyik bercinta hinggakan perkara lain kite abaikan...
jangan lah terlalu mengejar CINTA yang belum pasti menjadi milik kite buat selamanya kerana CINTA boleh BINASA pada bila2 masa...
ALLAH S.W.T tahu segala-galanya tentang CINTA manusia...


CINTA macam mana yang kite CARI...???

CINTA seperti mana yg kite DAMBAkan selama ini...??
saya dapat rumuskan kepada 2 bahagian CINTA>....

1. CINTA yang MAHAL LAGI TERAGUNG
ATAU
2.CINTA yang MURAH LAGI HINA

mana yang kite akan pilih...????
persoalannya sekarang..>>> adakah kite mampu meliki CINTA YANG MAHAL LAGI TERAGUNG ITU...???
tepuk dada tanya iman buka hati.....

adakah kita mampu menahan segala pandangan kite...???
jom sama2 kite muhasabah diri yer....

PILIHAN di TANGAN kite sekarang...
anda MEMILIH anda MENENTUKAN nasib masa depan anda....