Islamic Widget


About Me

My photo
Taiping, Perak, Malaysia
diri ini hanyalah insan biasa yang ditugaskan menjadi khalifah diatas muka bumi ini dan perjalanan ini masih panjang untuk mencari maksud perjuangan yg sebenar dan ku sedar kadang2 aku lemah mengharungi segala cobaan dan dugaan dari ALLAH S.W.T. dan dari situ jga aku mengenali erti kesabaran dan ketabahan yg mendorong aku untuk menjadi lebih matang... aku dilahirkan untuk menjadi seorang pendakwah suatu hari nanti... INSYAALLAH...

PENGIKUT SETIA....

MuLakAn PerNiaGaaN..

CaRi WaNg TaMbAHaN...??? JOM CUBA

KliK SemUa KalAu anDa seOraNg BloggEr SetiA

Thursday, May 19, 2011

terserah kpd PEMBACA yang MEMBACA.....

Photobucket

Assalamualaikum semua pembaca yang dihormati... Alhamdulillah.. skarang baru ada kekuatan untuk berkongsi satu cerita.. satu cerita yg membuatkan diri ini tersedar betapa besarnya nikmat dan kekuasaan Allah s.w.t... satu cerita yang amat menggemparkan dalam diri ini dan satu cerita yang membuatkan diri ini tertanya2 siapakah DIA yang sebenarnya yang muncul tanpa diduga... mungkin inilah entry yg paling bermakna dalam diri ini... SAMA2LAH KITA MENYELAMI APA YANG DIRI INI (SYAHIR) ALAMI INI... smoga memperoleh keberkatan dan kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat... insya-Allah... smoga ALLAH S.W.T. memberkati sahabat semua sepanjang membaca entry yg terbaru ini.. insya-Allah... (untuk memudahkan cerita syahir akan ditukar kpd aq)



Perkara ini terjadi pada satu pagi yang indah dan permai.. perkara ini terjadi pada diri syahir sndri... dan syahir rasa ia perlu dikongsi bersama kpd semua makhluk didunia ini... pg tu lebih kurang pkul 1 hgga pkul 2.30 pg, aq telah mendapat satu mimpi... dri mimpi ini lah aq terfikir mcm2 perkara.. dalam mimpi ini ada satu suara yang amat garau dan besar... suara ini membuatkan diri ini berpeluh seakan selepas mandi... Dalam mimpi itu, suara itu telah mengajar aq membaca Al-Quran surah Al-Fatihah... dgn nada yang amat garau, suara itu telah mengajar aq satu persatu ayat dalam surah tersebut... TAPI, suara itu terlalu menekan kan pada ayat ke 4 dalam surah Al-Fatihah...

Pada mulanya aq tidak tahu maksud ayat tersebut tp dgn sifat ingin tahu yg ada pada diri aq, aq pergi melihat terjemahan Al-Quran yang ada dirumah aq.. maksud ayat ke 4 dalam surah Al-Fatihah ialah "yang menguasai hari pembalasan (yakni hari akhirat)" dalam beberapa hari aq termenung terfikirkan knp suara itu terlalu menekankan ayat ke 4.. knp tidak menekankan ayat lain... aq tertanya2 dan Alhamdulillah aq dah dapat jawapan yang sbenar2nya dalam diri aq... Aq sedar yang selama ini aq terlalu banyak melakukan kesilapan.. dan aq begitu malu pada diri sendri.. dan paling aq malu ialah kpd SANG PENCIPTA diri aq yakni ALLAH S.W.T...



DALAM mimpi itu jga, suara yang aq dgr itu memberi AMARAN dan nasihat kepada aq.. AMARAN yg masih aq ingat ialah 1.DIA menyuruh aq untuk menyampaikan ilmu yang aq ada.. jgn disimpan sahaja tanpa memberi tahu kpd org lain tentang ilmu yang aq ada kerna ilmu itu x akan habis didunia ini dan ilmu itu adalah milik ALLAH S.W.T. semata-mata... 2.JANGAN terlalu angkuh dgn ilmu yg aq miliki skarang kerna ALLAH S.W.T. boleh tarik ilmu aq bila2 masa... 3.TEGURLAH wanita2 ISLAM agar menutup auratnya dan labuhkanlah pakaiannya dan jgn benarkan sesiapa melihat aurat wanita muslim kecuali suami dan mahram bgnya... tegahlah mereka yang memakai pakaian yg ketat dan sendat kerna Allah amat murka kpd mereka... YANG TERAKHIR IALAH suara dalam mimpi itu menegaskan agar aq dapat membetulkan bacaan sesetgh imam yang membaca kurang betul terutamanya dalam surah Al-Fatihah...

ITULAH yg aq dapat dri mimpi aq... suara itu jga sempat memberi nasihat agar menjadi seorng pendakwah dan pemimpin yang adil... bukan senang untuk memikul tugas seorang pendakwah kerna selalu akan menerima kritikan tp percayalah bahawa ALLAH S.W.T. sentiasa ada bersama org yang beriman... insya-Allah... suara itulah yang menyedarkan bhawa siapalah aq diatas muka bumi ini.. hanya ini lah yang syahir dapat critakan dan perkara ini benar2 terjadi dalam diri syahir sendri.. sampai disini sahaja dari syahir.. insya-Allah syahir akan doakan semua yang membaca blog syahir ini.. smoga kt memperoleh keberkatan dan kesejahteraan hidup didunia dan juga diakhirat... insya-Allah.. kepada mereka yang mula berjinak-jinak dalam usaha dakwah syahir doakan agar trus cemerlang.. ingatlah bahawa ALLAH S.W.T. sentiasa melihat apa yg kita lakukan.. sama2lah kita renung2kan dan fikir2kan... ALLAH S.W.T. sentiasa mengingatkan kt tentang hari akhirat... semoga memperoleh iktibar... insya-Allah...

with love,
syahirzulkfli..

Wednesday, May 18, 2011

Jika ia sebuah cinta...

Jika ia sebuah cinta…….ia tidak mendengar…….namun sentiasa bergetar.
Jika ia sebuah cinta ……..ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa…
Jika ia sebuah cinta …….ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.
Jika ia sebuah cinta ……….ia tidak memaksa namum sentiasa berusaha.
Jika ia sebuah cinta ……ia tidak cantik namun sentiasa menarik.
Jika ia sebuah cinta…….ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.
Jika ia sebuah cinta…… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar jiwa.
Jika ia sebuah cinta …… ia tidak hanya berjanji…namun sentiasa cuba memenangi.
Jika ia sebuah cinta….ia mungkin tidak suci ……namun sentiasa harmoni.
Jika ia sebuah cinta…..ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan ……..namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan..
Namun cinta yang paling agung…..adalah cinta kepada yang Maha Pecinta iaitu ALLAH s.w.t…..

renung2kan.....^_^

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri....

Thursday, May 12, 2011

baca.. x perlu kata apa2.. ;-)

skarang tgh tggu kptusan poli.. dah lama dok rmah dan x tau nak buat apa.. so skarang ni nak jd plajar balik sbelum masuk poli... hehee.. skarang dah masuk klas pra-U.. so, kpd abg, kakak, adik, dan seangkatan dgnnya maaf sbb x dapat nk msej diatas kesibukkan yg terlampau... hahaaa... (macam dato' la plak) ... insya-Allah... heheheee... tp form 6 mmg best la.. hilang jgk rindu zaman skolah yg sudah ditinggalkan slama hampir 4 bulan... tp abg2 dan kakak2 upper form slalu berpesan... biarlah kawan2 berjuang dkt uitm ker, uiam ker, utm ker dan U apa2 pun jgn anggap diri kt lemah sbb satu masa nanti kt akan jd senior kawan2 kt tu.. depa bru terkedet2 nak ambil diploma tp pra-U trus ambil ijazah jer... hahaa... sukenyer... apa2 pun all the best to all my friend... may Allah bless all our work.. insya-Allah...

apa2 je la..

hahaaaa... bnyaknyer nak kongsi dkt sana sini... hahaa.. rindunyerrr dkt blog ni.. dah lama x bka... haaa... firstly pasal kerja.. cm tak caye jer after plkn trus dpt kejeee... tanpa ditemu duga... nasib baik la.. bos pun ok... rindunyerr dkt tmpat keje tu.. gaji pun not bad... rm 814 bleh la untuk sara hidup sndri... heheeee...
niat untk bli sesuatu dah tercapai dan skarang untk ambil something yg berharga dalam hidup untk mngelak dri kna saman.. heheee...

Friday, May 6, 2011

Ya Allah... lindungilah hamba2mu yg lemah lagi hina ini..

Photobucket

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)