
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tanggal 17 mei 2010, SMT Taiping telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti perlawanan bola sepak dan bola jaring antara pelajar dan guru, gimik, sajak, band sekolah dan banyak lagi...
Selaku KP terpaksa la buat ucapan dan apa yang perlu diucapkan ialah "Selamat Hari Guru". Semoga Allah s.w.t. memberi rezeki yang banyak dan semoga Allah s.w.t. memberkati, merahmati, dan memberi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat... insya-Allah....
Paling mencuit hati pelajar ialah ketika perlawanan bola sepak dan bola jaring kerana mereka dapat melihat celoteh guru kesayangan mereka... Tapi bagi saya sewaktu gimik dijalankan... semua yg dirancang berjalan dgn lancar.. Alhamdulillah... semua orng memberi sepenuh tumpuan ketika gimik berlangsung... amat menarik sekali apabila ada guru yang menitiskan air mata...
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua Pengawas Sekolah Menengah Teknik Taiping yg begitu berdedikasi menjalankan tugas seperti yang diamanahkan... saya berharap ia berkekalan...
Terima kasih guru. Engkau ibarat lilin yg menyuluh malam gelapku... Selamat Hari Guru ikhlas dari anak muridmu...
syahirzulkfli

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini