Islamic Widget


About Me

My photo
Taiping, Perak, Malaysia
diri ini hanyalah insan biasa yang ditugaskan menjadi khalifah diatas muka bumi ini dan perjalanan ini masih panjang untuk mencari maksud perjuangan yg sebenar dan ku sedar kadang2 aku lemah mengharungi segala cobaan dan dugaan dari ALLAH S.W.T. dan dari situ jga aku mengenali erti kesabaran dan ketabahan yg mendorong aku untuk menjadi lebih matang... aku dilahirkan untuk menjadi seorang pendakwah suatu hari nanti... INSYAALLAH...

PENGIKUT SETIA....

MuLakAn PerNiaGaaN..

CaRi WaNg TaMbAHaN...??? JOM CUBA

KliK SemUa KalAu anDa seOraNg BloggEr SetiA

Saturday, November 6, 2010



assalamualaikum...
pada pagi yg menghampiri tengahhari aq x tau apa yang telah terjadi dan akan terjadi.. semuanya takdir yang ditentukan oleh maha pencipta iaitu Allah s.w.t...
semua perkara terjadi dalam masa 24 jam... tp apa yang tidak dapat aq lupakan adalah perkara yang berlaku pada pagi td sekitar jam 1 dan 4 pg... dua perkara berlaku serentak cuma masa sahaja yang membezakan....
apa2 pun aq redha dgn ketentuan Mu ya Allah...

Friday, November 5, 2010

eermmmm....

walau apa pun terjadi dalam hidup ini...
perjuangan tetap dan wajib diteruskan...
biar pun badai melanda...
semua itu bukan halangan bagi diriku...

cehhh... ayat pasrah...
hahhaa... ermmm... tu la...
x tau nak cakap apa lagi... adakah aq dipermainkan...
hahaha... aq sendiri pun x tau...
SPM dah dkt... jawapan telah aq berikan.... terserah lah kpd semua untuk menilai...
aq hanya insan biasa...
mencari dan terus mencari...
tunggu dan terus menunggu... hehehe...
sukenyer hidup ini...
yyeeehhaaaa....

Thursday, November 4, 2010

mencari dan dicari....

eermmmm...
indah sungguh hidup ini jika semuanya yg kita mahu kita dapat memilikinya...
pasti gembira sehingga tidak terkata...
tp hakikatnya, hidup ini pasti sukar untuk memiliki segalanya...
perlukah aq mencari atau dicari...
eermmm...
1001 persoalan yg x dapat aq ungkapkan...

TaRbIaH dIrI (sekadar perkongsian)...




Bila kita memulakan sesuatu...
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah...

Bila kita berniat...
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...

Bila kita berusaha...
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa...

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...

Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..

Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah...
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi.

Sedangkan...
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira...
Allah takkan lupa pada langkah kita.



Tapi sememangnya lahiriah kita,
Kadang-kadang lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,
Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,
Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati...

Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,
Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"


Kerana itu..
Pada masalah harus bersabar dan redha
Pada ujian harus tabah dan teguh
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..

Sama tetapi tidak serupa,
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...

Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar dunia mengikuti dengan redha...

Di sana,
Akhirat yang pasti...
Syurga yang terindah,
Atau
Neraka yang menyala!

Wednesday, November 3, 2010

SaLjI Yg TuRuN mEmBaSaHi BuMi.....

fuhhh...
nikmatnya mandi dikala salji sedang turun membasahi bumi... satu nikmat yang x terkata... ianya turun tanpa mengira tempat dan darjat... semuanya pasti kena butir2 mutiara jernih yg turun bg menyegarkan seluruh makhluk di muka bumi ini... semua nimat ini tidak terkira.... masya-Allah....
subhanallah...
indah sungguh sewaktu salji turun... nmpak biasa jer... seperti tiada masalah yg berlaku disebalik kejadian hujan tp hakikatnya hujan turun kerana awan tidak mampu lagi membawa air yg terlalu banyak...
begitu jugalah diriku... kadang2 masalah yang terlalu banyak menyebabkan diri ini mengalirkan air mata...



tp kita x boleh menunjukkan bahawa diri kita mengalami kesedihan atau apa2 masalah... itulah hakikatnya diri ku yang kerdil ini... sukar mentafsir segalanya... tp aq perlu cari ketenangan disebalik warna alam iaitu warna hijau juga sebagai warna kegemaran ku...



datanglah wahai anai-anaiku... engkau rapuhkanlah segala masalah yang timbul dalam diriku kerana engkau anai-anai yang berjasa pada diriku... :-) segalanya mungkin terjadi... aq akan menunggunya... insya-Allah....

Thursday, October 28, 2010

sahabat....

orang yang lemah adalah orang yang tidak mampu mencari sahabat
tp, orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mengsia-siakan sahabat yang telah dicari selama ini...


Ya Allah,
betapa lemahnya diri ini untuk mencari seorang sahabat
tp knp bila ada je seseorang hadir untuk menjadi teman untuk berhubung
pasti ada je halangan....
masalah itu, masalah ini...
aarrgghhh... rimas betul...
bagaimana nak mencari sahabat sejati kalau mcm ni keadaannya...

Sunday, October 17, 2010

:-/

malu rasanyaaa,
menyatakan cinta,
kepada dia,
kekasih Allah,
kerana dia,
insan mulia,
sedangkan diriku,
insan biasa.....

sukarnya...

suakrnya hidup ini kerana perlu buat banyak perubahan yg agak ketara... malu rasanya hendak melakukan perubahan ni... sering kali diri ini tertipu dan tertewas...
bangkit lah wahai hamba Allah yg bernama mohammad nursyahir bin zulkfli dan mulakan hidupmu yg baru... abaikan apa org nak kata... jd dirimu yg sebenar... disitu kamu tahu akan kebenarannya wahai syahirzulkfli... berfikir sebelum bertindak....
mungkin org sekeliling akan perasan perubahan terhadap dirimu syahir...

ceriakanlah hatim yg terluka... moga Allah s.w.t. sentiasa bersama kamu wahai hamba Allah yg bernama mohammad nursyahir bin zulkfli....
insya-Allah...

Saturday, October 16, 2010

Ya Allah.....

“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkan segalanya....

Friday, October 15, 2010

salahkah aku....

salahkah aku untuk bercinta...
salahkah aku untuk dicintai....
perasaan itu merupakan satu lumrah...
lumrah kehidupan siapa yg sangka....