Bismillahirrahmanirrahim..
Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,
Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu..
Sahabatku,
Sepanjang cuti yang lalu, banyak yang telah kufikirkan. Tentang kata-katamu mengenai diriku. Tentang teguran darimu yang membuat diriku tersedar dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan teguran darimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku melukai hatimu. Tapi kau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banyak kali kuingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namun diriku kecundang jua.
Sahabatku,
Kadang-kadang banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu, banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar.
Sahabatku,
Aku tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilanku? Jika benar diriku ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata 'Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah kau menjadi seperti mereka?
Sahabatku,
Aku tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku. Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini.
Sekian dariku.
Islamic Widget
About Me
- syahirzulkfli
- Taiping, Perak, Malaysia
- diri ini hanyalah insan biasa yang ditugaskan menjadi khalifah diatas muka bumi ini dan perjalanan ini masih panjang untuk mencari maksud perjuangan yg sebenar dan ku sedar kadang2 aku lemah mengharungi segala cobaan dan dugaan dari ALLAH S.W.T. dan dari situ jga aku mengenali erti kesabaran dan ketabahan yg mendorong aku untuk menjadi lebih matang... aku dilahirkan untuk menjadi seorang pendakwah suatu hari nanti... INSYAALLAH...
PENGIKUT SETIA....
Monday, November 30, 2009
Sunday, November 29, 2009
BuatMu Teman
Salamun'alaiQ,
Temanku sekelian,
Sekian lama telah ku nanti saat ini,
Sabar dan redha menjadi pendampingku setiap kali hadir emosi itu,
Teman,
ku berdoa agar kau fahami segala yang tersurat di hati ini,
Namun sering kali ku terbenam
dalam kekalutan dan keresahan
kerana sesungguhnya kau akan megerti nanti,
Teman,
Harapanku agar kau bahagia selalu,
doa dan tulus hati ini sentiasa menginginkan semangat jihadmu tetap abadi,
Temanku,
maafkan aku kerana tidak ada upaya untuk terus disisimu,
Dalam mencari bening-bening taQwa,
Aku sendiri terpenjara dalam dunia ciptaan sendiri,
Temanku,
Ketahuilah,aku masih setia disini,
Menanti ...
Dan menunggu saat dan waktu
untuk bersama kita tarbiyah dan fahami
erti sebuah perjuangan yang menuju cinta haQiQi dan Abadi,
Pintaku,
Teruskan perjuangan,
Jangan sesakali kau berhenti,
IstiQamahlah dan tegarlah
menghadapi segala cabaran dalam kehidupan ini.
Akhirnya,
Saat yang ku pasti nanti tiba jua,
Walaupun kini tak seindah dulu,
tapi ku bersyukur,
kerana penghujungnya,impian dan mimpiku
menjadi kenyataan dan ketahuilah,
keyakinanku tak pernah pudar..
Salam ukhwahfillah buatmu temanku,
Gerakkan langkahmu bersama,
Doa dan harapan tinggi agar terus berada di atas arena perjuangan suci ini.
"jadilah bunga yang terpelihara,kerana mahligai syurga itulah tempatnya..."

PERAK KALAH.....
Ruginya rasa selepas kekalahan mengejut keatas Pulau Pinang dan Terengganu dalam perlawanan SOFTBALL BAWAH 16 thn PERINGKAT KEBANGSAAN... rasa terkilan jgk selepas kekalahan tersebut kerana beza mata hanya 1 sahaja.(frust betuiii....)
walaupun Perak kalah ditangan mereka, ku ttp bangga kerana pasukan ku (PERAK) berjaya menewaskan pasukan dari Perlis dan Johor...huhhuhu(bangga cikit jer..)
thun dpn kna buat yg terbaik supaya dapat pulun semua piala (insyaallah)...
nk marah pun x gna dah... sabo jer la...
walau apa pun terjadi ku ttp bangga sbb dapat mewakili pasukan PERAK...

Sunday, November 8, 2009
Apa Nak Jadi La Dengan Remaja Zaman Sekarang...
(Apa nak jadi la dgn korang berdua ni... dah la pengawas tp perangai x seperti pengaawas...)
ooppsss...
rasanyer ayat tu x dapat menyedarkan sahabat ku yang membuat perkara2 maksiat sewaktu dalam bas dan sekolah... kalau kita cakap macam tu, sure kna pangkah balik walaupun diri ini bergelar ketua pengawas...
tentu mereka akan cakap "kami buat benda tu dkt luar kawasan sekolah. apa ko nk kisah".
kalau la ana ada kuasa dah lama ana tampar jer muka dia.
dah la mempertikaikan hukum agama lps tu kutuk2 org...
Firman Allah ini sangat popular, namun ramai buat-buat tak tahu tentang kehadiran isi kandungan yang ingin disampaikan .
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
walaupun firman ALLAH S.W.T. seperti diatas sudah diterangkan, yg perempuan tu boleh cakap dgn selamba dan tanpa segan silu dgn ustaz yg ada disitu " korang ni bagi ayat tu nk suruh aku menangis ker, aku menangis karang baru korang tahu".
biadab. sungguh biadab perlakuan perempuan itu...
dah buat perkara yg x senonoh, lps tu bleh perli plak firman ALLAH S.W.T. tersebut..
atas perbuatan mereka, ana yang jadi mangsa sasaran oleh cikgu dan abg2 senior...
geramnyer!!!!!!!
kalau la ana ada sewaktu mereka buat benda tu, dah lama ana lempang...
ini BUKAN SAHABAT namanya...
dah la mencemarkan nama lembaga pengawas, lps tu ana yg jadi mangsa sasaran semua orng...
depa kata "x reti jaga anak buah ker".
geram betul... macam la ana ni body guard mereka yg nk kena jaga 24 jam....
penyataan dia ni ana anggap dia macam orng KURANG CERDIK (dalam bahasa kasar BODOH)
ada ker patut kesalahan yg dia lakukan sendiri lps itu nk putus kawan. ayt dia tu lebih kurang macam ni la.. ("salam syahir. aq..aq...aq mnx maaf sbb aq x bleh kawan dgn ko dah... aq banyak buat silap dgn ko... aq....aq.... aarrrggghhhh... dah la syahir... mungkin kita x akan jumpa lagi.... aq mnx maaf sbb buat ko kecewa... mulai hari ini aku x nak jumpa ko lagi...k... aq malu dgn ko.... k... assalamualaikum...").
itu la manusia... wak2 tgh buat tak fikir pasal dunia... kalau dah dapt tangkap sume x guna... dia yang buat masalah, lps tu nk putus kawan... tgk. bodoh ker tak bodoh...eerrrmmmmmm... yang perempuan plak dok merayu-rayu mnx maaf dkt ana... ana just ckp "apasal plak ko nk mnx maaf dkt aq, ko bkn ada buat salah dgn aq... sepatutnya ko mnx maaf dgn ALLAH S.W.T. Allah itu maha pengampun... kesalahan ko dgn ALLAH bkan dgn aq... k. assalamualaikum..."
"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya" (3:102)
kalau sahabat ana yg terbaca dah terasa itu. mungkin dia orangnya... ana bkan nk mengaibkan korang... tp perbuatan korang tu dah melampaui batas dam hukum agama...
kembalilah ke pangkal jalan dan jangan sesekali bersikap biadap dgn orng yang ada agama yg lebih dari mu... kalau korang terbaca blog ini, cuba renungkan ayt diatas...
muhasabah diri. Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.
Firman Allah Taala bermaksud:
Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185).
Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.
Firman Allah Taala bermaksud:
Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (Surah at-Taubah: Ayat 119).
Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.
Firman Allah Taala bermaksud:
Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa. (surah al-Qamar: Ayat 55).
semoga anda semua beroleh manfaat yang berguna... kpd orng yang berkenaan, ana harap korang balik ke pangkal jalan dan jgn sesekali melakukan perbuatan yg terkutuk itu lagi... sekian...
assalamualaikum...

Wednesday, November 4, 2009
Jodoh Itu Ketentuan Tuhan
Jodoh Itu Ketentuan Tuhan
www.iLuvislam.com
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Tuesday, November 3, 2009
Ayat Pelindung Diri... Insyaallah Berkesan...
Pukau biasanya menggunakan jin.
Pendindingnya ialah membaca ayat Kursi dengan 9 kali wukuf (tempat berhenti bacaan). Amalkan baca dua kali sehari yakni pagi dan malam terutama semasa mahu tidur.
Bacalah dengan faham maksud ayat-ayat tersebut dan menghayati sepenuh hati serta yakin dengan Allah. Insya Allah, ayat Kursi ini bukan sahaja menjadi penjaga dari dipukau, bahkan banyak lagi khasiatnya.
Berikut ialah tempat-tempat berhenti apabila membaca ayat Kursi untuk dijadikan penawar. Baca setiap baris ayat dengan satu nafas.
اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ
sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah
إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ
melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi;
وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا
dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya

inilah diri ku yang sebenar...
ramai orang cakap saya ni sombong...
saya pun x tau knp mereka cakap sedemikian...
mereka hendak layanan yg mcm mana pun saya x tau...
apa yg saya tau tentang diri saya,
saya rasa x la sombong sangat dan mudah untuk berkawan...
tp saya x peduli semua itu...
yang penting saya ceria dan sihat sejahtera dunia dan akhirat...
betul x(huhuhu)
(ye la tu)
UnTuK bACaAN sEsEoRaNg Yg BeRgElAr MuSlImAh SeJaTi
SALAM MUHASABAH...
PEREMPUAN YG SUCI
ADALAH PEREMPUAN
YANG DIJAGA
OLEH ALLAH S.W.T...
TDK SEDIKIT PUN
ALLAH S.W.T MEMBENARKAN
MANA2 LELAKI MENYENTUH
DIRINYA MAHU HATINYA...
KERANA ALLAH S.W.T.
TERAMAT MENCINTAINYA...
TETAPI ANDAI KAMU
BERGELUMANG DGN
CINTA LELAKI
DIMANAKAH ALLAH
UNTUK MENJAGA KITA...?
ALLAH SEPERTI
MELEPASKAN KAMU
KPD SEORANG MANUSIA
YANG LEBIH BANYAK
MENGECEWAKAN KAMU
JIKA ALLAH S.W.T
DATANGKAN KESEDARAN
DALAM DIRI SUPAYA
MENINGGALKAN CINTA SEORANG LELAKI
ITU BERMAKNA ALLAH S.W.T
MAHU AMBIL KAMU KEMBALI
UNTUK DIJAGANYA...
MENGAPA MASIH RAGU2...?
KEKUATAN USAH DITUNGGU
TP HARUSLAH DICARI...
HARGAILAH KESEMPATAN
YANG ALLAH S.W.T BERIKAN...
SEBESAR-BESAR DOSA
ADALAH DOSA YANG
DILAKUKAN KETIKA
KITA BERASA BERDOSA
MELAKUKANNYA...
-IMAM GHAZALI-
SALAM SAYANG...
PEREMPUAN YG SUCI
ADALAH PEREMPUAN
YANG DIJAGA
OLEH ALLAH S.W.T...
TDK SEDIKIT PUN
ALLAH S.W.T MEMBENARKAN
MANA2 LELAKI MENYENTUH
DIRINYA MAHU HATINYA...
KERANA ALLAH S.W.T.
TERAMAT MENCINTAINYA...
TETAPI ANDAI KAMU
BERGELUMANG DGN
CINTA LELAKI
DIMANAKAH ALLAH
UNTUK MENJAGA KITA...?
ALLAH SEPERTI
MELEPASKAN KAMU
KPD SEORANG MANUSIA
YANG LEBIH BANYAK
MENGECEWAKAN KAMU
JIKA ALLAH S.W.T
DATANGKAN KESEDARAN
DALAM DIRI SUPAYA
MENINGGALKAN CINTA SEORANG LELAKI
ITU BERMAKNA ALLAH S.W.T
MAHU AMBIL KAMU KEMBALI
UNTUK DIJAGANYA...
MENGAPA MASIH RAGU2...?
KEKUATAN USAH DITUNGGU
TP HARUSLAH DICARI...
HARGAILAH KESEMPATAN
YANG ALLAH S.W.T BERIKAN...
SEBESAR-BESAR DOSA
ADALAH DOSA YANG
DILAKUKAN KETIKA
KITA BERASA BERDOSA
MELAKUKANNYA...
-IMAM GHAZALI-
SALAM SAYANG...
Monday, November 2, 2009
sekolah BARU... tugas BARU...
tanggal 21 februari saya terpanggil untuk berhijrah dari sekolah lama ke sekolah baru yang diberi nama SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAIPING. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh. sewaktu hari kedua orientasi, suatu perkara yang tidak dapat saya lupakan dimana saya dipanggil oleh cikgu yang bernama Hanafi untuk naik ke atas pentas. hati ku mula berdebar(dub2 dub2). apalah agaknya kesalahanku. rupa2nya cikgu suruh saya mempromosikan kasut safety boot kpd semua pelajr supaya dapat menjaga keselamatan kaki sewaktu dibengkel... ish3...
Pada bulan Jun. saya telah terpilih untuk menjadi pengawas sekolah. azam saya untuk menjadi pengawas yg berkaliber..(bleh caye ker... huhuhu...) ku terima tugas dgn penuh bersemangat. biarlah apa orng nk kata... dunia ku ialah dunia ku dan dunia kau ialah dunia ku(busy body la plak).
sebulan menjadi pengawas sekolah ku agak terkejut dan terperanjat apbila ku dipilih oleh ahli lembaga pengawas untuk memikul tanggungjawab yang lagi berat iaitu jawatan KETUA PENGAWAS(layak ker aku... layak rasanyer... huhuhu...) Perasaan seronok, sedih semua ada... macam x percaya jer semua ini... apa pun ku berasa sangat bertuah kerana dipilih menjadi KETUA PENGAWAS...
INSYAALLAH aku akan menjalankan tugas dgn penuh dedikasi dan tanggungjawab...
sama2lah kita doakan...

apa2 jer...
assalamualaikum...
akhirnya ku temui juga dunia ku...
yang selama ini ku tunggu2...
mengharapkan sesuatu dariNya...
huuh...(mengeluh kecil)
sebagai orng baru, x de idea nk tulis lagi...
ilham dan mood pun x de...
so,
nk check out dulu...

Subscribe to:
Posts (Atom)