Islamic Widget


About Me

My photo
Taiping, Perak, Malaysia
diri ini hanyalah insan biasa yang ditugaskan menjadi khalifah diatas muka bumi ini dan perjalanan ini masih panjang untuk mencari maksud perjuangan yg sebenar dan ku sedar kadang2 aku lemah mengharungi segala cobaan dan dugaan dari ALLAH S.W.T. dan dari situ jga aku mengenali erti kesabaran dan ketabahan yg mendorong aku untuk menjadi lebih matang... aku dilahirkan untuk menjadi seorang pendakwah suatu hari nanti... INSYAALLAH...

PENGIKUT SETIA....

MuLakAn PerNiaGaaN..

CaRi WaNg TaMbAHaN...??? JOM CUBA

KliK SemUa KalAu anDa seOraNg BloggEr SetiA

Friday, August 13, 2010

Ya Allah...

Ya Allah,
lapang sungguh rasanya hati ini,
setelah bersusah-payah membuat keputusan yang besar ini...

Ya Allah,
hambaMu ini sering MENCARI KETENANGAN,
dan akhirnya aku menjumpai semula ketenangan yang telah engkau berikan dahulu...

Ya Allah,
aku sedar bahawa bukan mudah untuk MENCARI KETENANGANMU,
Ianya memerlukan keredhaan dariMu Ya Allah...

Ya Allah,
untuk mencari keredhaanMu,
aku perlu mengejar cintaMu,
bukannya cinta manusia yang hanya memudaratkan diri sendiri...

Ya Allah,
terima kasih atas segala kurniaan yang telah engkau berikan...
aku amat menghargainya...

Ya Allah,
terimalah taubat hambaMu yang lemah lagi hina ini...
semoga Engkau merahmati, memberkati, dan memberi kesejahteraan dan keberkatan ke atas hambaMu ini...


Ya Allah,
ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku dan Engkau ampunkanlah dosa seluruh umat ISLAM yang berada di dunia ini...

Ya Allah,
aku merayu kepadaMu,
supaya Engkau kuatkan EMPAYAR ISLAM supaya terus kukuh dipersada dunia...

Ya Allah,
Akhir sekali aku memohon kepadaMu agar Engkau memakbulkan segala permintaanku ini...
insya-Allah...

No comments: