Islamic Widget


About Me

My photo
Taiping, Perak, Malaysia
diri ini hanyalah insan biasa yang ditugaskan menjadi khalifah diatas muka bumi ini dan perjalanan ini masih panjang untuk mencari maksud perjuangan yg sebenar dan ku sedar kadang2 aku lemah mengharungi segala cobaan dan dugaan dari ALLAH S.W.T. dan dari situ jga aku mengenali erti kesabaran dan ketabahan yg mendorong aku untuk menjadi lebih matang... aku dilahirkan untuk menjadi seorang pendakwah suatu hari nanti... INSYAALLAH...

PENGIKUT SETIA....

MuLakAn PerNiaGaaN..

CaRi WaNg TaMbAHaN...??? JOM CUBA

KliK SemUa KalAu anDa seOraNg BloggEr SetiA

Friday, December 3, 2010

kenangan terindah bersama warden dan guru2 di SMTT...

tanggal 27/7/2009...
aku diterima masuk keasrama tanpa surat dgn keizinan dari ketua warden pada ketika itu iaitu Tn. Hj. Khairudin Abdullah... Mantan ketua warden ini amat tegas dan amat menitik beratkan soal keagamaan... sbb tu lah asrama skolah teknik taiping dikenali SM(A) Teknik Taiping... banyak kenangan bersama warden dan kawan2 disana...
seronok hingga x terkata... antaranya tadarus Al-Quran, minggu insani, Kejohanan antara dorm (KAD), dan banyak lg... sume menarik..

tp thun 2010 inilah kenangan yg mungkin x akan dilupakan... kena marah dgn ketua warden yg bru iaitu En. Shahril Anuar sbb balik outing pukul 9.30 malam (27/11/10) hahaa... (kan dah kena marah)... tp rasanyer tgk reaksi cikgu tu mcm x marah je sbb ketua warden ni suka bg nasihat yg berguna.. lgpun cikgu ni suka buat lawak dan pandai ambil hati pelajar asrama sama seperti Tn. Hj. Khairudin... mereka merupakan pemimpin yg boleh memajukan skolah dan para pelajar asrama supaya menjadi lebih cemerlang...

masa semakin hari semakin jauh meninggalkan kita...
rasa sayu je apabila mengetahui bahawa dalam beberapa hari lagi diri ini terpaksa meninggalkan sekolah teknik taiping yg tercinta... skolah ini telah mengajar diriku tentang kehidupan yg sebenar... aku juga berjaya bermain softball ke peringkat yg lebih tinggi dgn dipimpin oleh 3 org jurulatih yg berwibawa iaitu En. Hanafi, En. Jalil dan En. Abdullah... trima kasih cikgu...

seterusnya, diri ku kini dapat belajar kemahiran yg amat berguna untuk masa depan. atas bimbingan dan tunjuk ajar dari 5 org guru elektrik dan elektronik iaitu Pn. Sanisah, En. Zulkefli, Pn. Fadhilah, En. Azhari dan En. Nik Suhaimi, diri ku dapat membaiki dan mengesan kerosakan pada tv dan radio, membuat pendawaian dan pemasangan eletrik, litar 3 fasa dan banyak lagi... semua yg cikgu ajar akan saya amalkan untuk memajukan diri saya sendiri...

tidak lupa kpd guru akademik 2010, En. Hasmadi, Pn. Rokiah, Pn. Siti Hajar, Cik Mahirah, Pn. Noraini, Utzh. Norehan, dan Pn. Rosniza... trima kasih cikgu atas segala tunjuk ajar cikgu selama ini.. saya amat menghargainya... cikgu banyak mendidik dan mengajar saya untuk jd insan yg berguna...

kpd semua guru2 skolah teknik taiping dan warden2 asrama teknik taiping, saya ingin memohon ampun dan maaf andai selama saya menjadi anak murid cikgu saya ada melakukan kesilapan yg menyebabkan cikgu terasa hati / tersinggung dgn perbuatan saya... saya selalu berdoa agar semua cikgu yg pernah mengajar saya atau pun x pernah mengajar akan mendapat keberkatan, kesejahteraan dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat.. insya-Allah...

harap2 cikgu halalkan semua ilmu yg cikgu curahkan kpd saya...

No comments: